PERSEDIAAN HARI SUKAN TAHUNAN PIBG SK SUNGAI PENIPAH 2016

Pada mesyuarat hari sukan yang lalu, semua yang hadir telah bersetuju menamakan hari sukan SK Sungai Penipah sebagai Hari Sukan Tahunan PIBG. Hari Sukan Tahunan PIBG SK Sungai Penipah akan berlangsung pada 14 sehingga 15 Oktober 2016. Semua warga SK Sungai Penipah bertungkus lumus membuat persiapan rapi untuk menjayakan Hari Sukan Tahunan PIBG 2016.





Guru-guru dengan bantuan dari murid tahun enam membuat sukatan untuk membina garisan balapan. Pembinaan balapan di ketuai oleh Cikgu Ho dan guru-guru lelaki SK Sungai Penipah. 



Guru-guru bersungguh-sungguh membuat persiapan akhir untuk banner Sukan Tahunan PIBG SK Sungai Penipah.



Pemasangan banner Sukan Tahunan PIBG di jalan masuk SK Sungai Penipah.


Alhamdulillah, hari yang cerah telah melancarkan proses menyiapkan balapan padang SK Sungai Penipah. Turut sama menyiapkan balapan padang, Cikgu Anthony Bin Samti, Guru Besar SK Sungai Penipah yang sentiasa memberi dorongan dan pertolongan kepada anak-anak buahnya. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan