SUKAN TAHUNAN PIBG SK SUNGAI PENIPAH 2016

Pada 13, 14 dan 15 Oktober yang lalu, SK Sungai Penipah telah mengadakan Sukan Tahunan PIBG 2016.


DAY 1


Persiapan terakhir oleh guru-guru SK Sungai Penipah


Latihan dan persiapan terakhir untuk acara perbarisan dan lintas hormat oleh murid-murid SK Sungai Penipah


Emcee lagend SK Sungai Penipah, Cikgu Rosdi memastikan aturan majlis berlangsung dengan baik. Turut kelihatan pegawai teknikal, Ustaz Effandy tekun mengendalikan laptop 1 Malaysia. Kak Noor juga kelihatan dibelakang sedang memikirkan bagaimana untuk membuat sentuhan terakhir backdrop pentas.


Cikgu Manjadi membina bantuan daripada Jurugambar. 


Perbarisan dari murid-murid SKSGP mengikut rumah masing-masing iaitu dari kiri Rumah Rentap (Merah), Rumah Syarif Masahor (Hijau), Rumah Kanang (Kuning), dan Rumah Rosli Dhoby (Biru). 


Ibu Bapa dan masyarakat setempat bergotong royong membina pondok untuk setiap pasukan rumah sukan.





Atap yang di anyam oleh para ibu murid-murid SKSGP


Acara sukaneka dimulakan lebih awal


Kelihatan ibu bapa menjadi pegawai hakim penamat membantu guru-guru dalam acara-acara sukan yang dipertandingkan


Murid memberi sepenuh tumpuan untuk berusaha tidak menjatuhkan bola ping pong dari sudu. 


Terpaksa mengeraskan badan demi menjurai pertandingan untuk meraih mata untuk rumah sukan



Johan untuk pertandingan yang disertai. 


Barisan pengacara SKSGP


Acara mengheret bola dengan gelung rotan

Penyampaian Medal kepada Peserta MSSR 2016

Pada 5 Oktober yang lepas, beberapa orang murid SK Sungai Penipah telah mewakili sekolah untuk bertanding dalam kejohanan MSSR 2016 peringkat zon. Beberapa orang murid telah berjaya meraih 3 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa seterusnya melayakkan 3 orang peserta dari SK Sungai Penipah untuk mewakili Daerah Mukah ke peringkat Bahagian yang berlangsung di SMK Agama Igan. Salah seorang pelajar SK Sungai Penipah iaitu adik GIOVANNI PARRINI ANAK MICHAEL telah dipilih untuk mewakili Bahagian Mukah ke Kojahanan MSSR Peringkat Negeri yang akan diadakan di Bintulu nanti.

Penyampaian medal telah dilakukan oleh Tuan Guru Besar, Encik Anthony bin Samti pada perhimpunan baru-baru ini.


Adik Harris telah meraih pingat Gangsa dalam acara Lompat Tinggi 11 TKB


Adik Geovanni telah meraih pingat Perak dalam acara 60m Lelaki 10 TKB dan pingat Gangsa dalam acara 100m Lelaki 10 TKB


Adik Erencia meraih pingat emas dalam acara Melontar Peluru 11 TKB


Adik Nicholas meraih pingat Emas dalam acara 60m Lelaki 10 TKB dan juga 100m Lelaki 10 TKB



Barisan Penuh Warga SK Sungai Penipah (Penggal Pertama 2016)


Dari Atas: Ustaz Effandy, Cikgu Jamhari, Cikgu Jaydee, Usu Dan, Cikgu Dickie, Cikgu Indera, Wak Gim
Barisan Tengah: Puan Dority, Kak Noor, Cikgu Safinah, Kak Nurain, Cikgu Amira, Ustazah Has, Ustazah Su, Kak Masliah, Miss Lillian, Cikgu Normaliza, Kak Ju, Cikgu Fatimah, Kak Liza, Kak Lenz, Abuk Ti
Barisan Depan: Cikgu Ho, Cikgu Wee, Cikgu Dom, Cikgu Augus, Mr Nuaim, Cikgu Sidek (PK Hem), Cikgu Anthony (GB), Cikgu Kisui (PK 1), Cikgu Sweton (PK KK), Cikgu Samuri, Cikgu Rosdi, Cikgu Harun, Cikgu Peter. 


Ini adalah barisan penuh warga SK Sungai Penipah untuk penggal pertama 2016. Difahamkan julung kali semua staf berjaya dikumpul dan masuk dalam satu frame gambar.  Gambar di ambil semasa Hari Guru Peringkat Sekolah 2016. 

Pada penggal kedua 2016, Cikgu Dominic dan Cikgu Normaliza telah berpindah ke sekolah lain dan telah diganti dengan dua orang staf yang baharu iaitu Cikgu Sairani dan Cikgu Nordiyana. 

PERSEDIAAN HARI SUKAN TAHUNAN PIBG SK SUNGAI PENIPAH 2016

Pada mesyuarat hari sukan yang lalu, semua yang hadir telah bersetuju menamakan hari sukan SK Sungai Penipah sebagai Hari Sukan Tahunan PIBG. Hari Sukan Tahunan PIBG SK Sungai Penipah akan berlangsung pada 14 sehingga 15 Oktober 2016. Semua warga SK Sungai Penipah bertungkus lumus membuat persiapan rapi untuk menjayakan Hari Sukan Tahunan PIBG 2016.





Guru-guru dengan bantuan dari murid tahun enam membuat sukatan untuk membina garisan balapan. Pembinaan balapan di ketuai oleh Cikgu Ho dan guru-guru lelaki SK Sungai Penipah. 



Guru-guru bersungguh-sungguh membuat persiapan akhir untuk banner Sukan Tahunan PIBG SK Sungai Penipah.



Pemasangan banner Sukan Tahunan PIBG di jalan masuk SK Sungai Penipah.


Alhamdulillah, hari yang cerah telah melancarkan proses menyiapkan balapan padang SK Sungai Penipah. Turut sama menyiapkan balapan padang, Cikgu Anthony Bin Samti, Guru Besar SK Sungai Penipah yang sentiasa memberi dorongan dan pertolongan kepada anak-anak buahnya. 


Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2015


Pada 12 November 2015 yang lalu, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (MAPC) 2015 telah diadakan bertempat di Ballroom Hall 2, Kingwood Resort, Mukah. Majlis yang telah mengalami penjenamaan semula daripada nama asalnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) ini diadakan dengan penuh sistematik dan lebih baik berbanding sebelumnya.

Majlis penyampaian anugerah ini diselangselikan dengan acara persembahan dan koir oleh murid-murid dengan didahului dengan perasmian oleh En. Wan Hipni bin Wan Mohamad, wakil kepada YB En. Yussibnosh Balo, ahli DUN N51 Balingian.

Sebahagian murid-murid yang terlibat dalam MAPC.

Ketibaan En. Wan Hipni Wan Mohammad, wakil YB En. Yussibnosh Balo, Ust. Awang Sarkawi Awang Rosli, wakil PPD Mukah, En. Mohammad Ullis Haji Mersal, Ketua Kampung Penipah dan En. Di Anak Anggang, YDP PIBG.

Pertunjukan silat sebagai acara menyambut tetamu jemputan.

Barisan tetamu jemputan.

Acara penyampaian anugerah.

Tarian Bollywood oleh murid-murid prasekolah.

Tarian Rampaian Melayu.

Persembahan Boria.

Tarian Chapan.

Acara kemuncak iaitu penyerahan Anugerah UPSR 2014 kepada Nurul Aina Qadariah (5A).

Persembahan koir oleh murid-murid Tahun 6.

Suasana pasca majlis.

SK Sungai Penipah Johan Sepanduk Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 2014 pada 14 Januari 2014 yang lalu merupakan kenangan manis bagi seluruh warga SK Sungai Penipah kerana berjaya merangkul johan bagi pertandingan sepanduk kategori F (sekolah kebangsaan).

Sepanduk yang bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" ini dibina berdasarkan tema tersendiri yang telah ditetapkan oleh krew pada tahun ini iaitu "Permainan Warna & 3 Dimensi".

Kejayaan ini lebih manis kerana ia merupakan kejayaan di peringkat negeri Sarawak berbanding 2013 (tempat ke-3 peringkat bahagian Mukah) dan 2012 (naib johan peringkat bahagian Mukah). Tahniah kepada krew sepanduk dan seluruh warga sekolah.

Sekolah juga turut menghantar pasukan perarakan yang disertai oleh guru-guru, murid-murid dan para ibu bapa. Mereka sanggup bertandang dan meraikan bersama-sama walaupun disirami hujan yang lebat. Sekalung penghargaan dan terima kasih.

Barisan staf sekolah.

Dari kiri: Ustaz Effandy, Cikgu Manjadi, Cikgu Rahim (Guru Besar) dan Cikgu Peter.

Sebilangan murid dan ibu bapa yang menyertai kontinjen sekolah.

Mula berarak.

Guru Besar bersemangat walaupun basah kuyup.

Perarakan didahului dengan sepanduk.

Ustazah Nor Hasiah yang turut membawa anak berarak bersama-sama.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Seri Abdul Taib Mahmud.

Wajah-wajah kebanggaan dan kesyukuran.

Cikgu Peter turut terlibat dalam pembikinan sepanduk dan perarakan.

Slot tuntutan hadiah oleh semua pemenang.

Sepanduk kebanggaan SK Sungai Penipah.