My Beautiful Malaysia Peringkat Mukah


My Beautiful Malaysia adalah platform untuk memupuk semangat kesukarelaan dikalangan belia dibawah 1Malaysia For Youth (1M4U) dimana belia merupakan sebahagian dari agenda penting dan juga pembinaan negara berpotensi dengan saluran tenaga dari golongan ini dalam aktiviti yang didedahkan.

Program ini telah dirasmikan serentak di seluruh Malaysia pada 3 Februari 2013 yang lalu, di mana SK Sungai Penipah telah menyertai program My Beautiful Malaysia yang dilangsungkan di Dataran Pehin Setia Raja dan di seluruh bandar Mukah bersama-sama pelbagai organisasi dan sekolah-sekolah. Peserta dari SK Sungai Penipah bukan sahaja melibatkan murid-murid dan staf, malahan ibu bapa turut terlibat secara sukarela.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti senam robik pada sebelah pagi, kemudian disambung dengan gotong-royong mengikut kumpulan di zon-zon terpilih, tarian poco-poco dan cabutan bertuah.