SK Sungai Penipah Johan Sepanduk Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 2014 pada 14 Januari 2014 yang lalu merupakan kenangan manis bagi seluruh warga SK Sungai Penipah kerana berjaya merangkul johan bagi pertandingan sepanduk kategori F (sekolah kebangsaan).

Sepanduk yang bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" ini dibina berdasarkan tema tersendiri yang telah ditetapkan oleh krew pada tahun ini iaitu "Permainan Warna & 3 Dimensi".

Kejayaan ini lebih manis kerana ia merupakan kejayaan di peringkat negeri Sarawak berbanding 2013 (tempat ke-3 peringkat bahagian Mukah) dan 2012 (naib johan peringkat bahagian Mukah). Tahniah kepada krew sepanduk dan seluruh warga sekolah.

Sekolah juga turut menghantar pasukan perarakan yang disertai oleh guru-guru, murid-murid dan para ibu bapa. Mereka sanggup bertandang dan meraikan bersama-sama walaupun disirami hujan yang lebat. Sekalung penghargaan dan terima kasih.

Barisan staf sekolah.

Dari kiri: Ustaz Effandy, Cikgu Manjadi, Cikgu Rahim (Guru Besar) dan Cikgu Peter.

Sebilangan murid dan ibu bapa yang menyertai kontinjen sekolah.

Mula berarak.

Guru Besar bersemangat walaupun basah kuyup.

Perarakan didahului dengan sepanduk.

Ustazah Nor Hasiah yang turut membawa anak berarak bersama-sama.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Seri Abdul Taib Mahmud.

Wajah-wajah kebanggaan dan kesyukuran.

Cikgu Peter turut terlibat dalam pembikinan sepanduk dan perarakan.

Slot tuntutan hadiah oleh semua pemenang.

Sepanduk kebanggaan SK Sungai Penipah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan