SUKAN TAHUNAN PIBG SK SUNGAI PENIPAH 2016

Pada 13, 14 dan 15 Oktober yang lalu, SK Sungai Penipah telah mengadakan Sukan Tahunan PIBG 2016.


DAY 1


Persiapan terakhir oleh guru-guru SK Sungai Penipah


Latihan dan persiapan terakhir untuk acara perbarisan dan lintas hormat oleh murid-murid SK Sungai Penipah


Emcee lagend SK Sungai Penipah, Cikgu Rosdi memastikan aturan majlis berlangsung dengan baik. Turut kelihatan pegawai teknikal, Ustaz Effandy tekun mengendalikan laptop 1 Malaysia. Kak Noor juga kelihatan dibelakang sedang memikirkan bagaimana untuk membuat sentuhan terakhir backdrop pentas.


Cikgu Manjadi membina bantuan daripada Jurugambar. 


Perbarisan dari murid-murid SKSGP mengikut rumah masing-masing iaitu dari kiri Rumah Rentap (Merah), Rumah Syarif Masahor (Hijau), Rumah Kanang (Kuning), dan Rumah Rosli Dhoby (Biru). 


Ibu Bapa dan masyarakat setempat bergotong royong membina pondok untuk setiap pasukan rumah sukan.





Atap yang di anyam oleh para ibu murid-murid SKSGP


Acara sukaneka dimulakan lebih awal


Kelihatan ibu bapa menjadi pegawai hakim penamat membantu guru-guru dalam acara-acara sukan yang dipertandingkan


Murid memberi sepenuh tumpuan untuk berusaha tidak menjatuhkan bola ping pong dari sudu. 


Terpaksa mengeraskan badan demi menjurai pertandingan untuk meraih mata untuk rumah sukan



Johan untuk pertandingan yang disertai. 


Barisan pengacara SKSGP


Acara mengheret bola dengan gelung rotan

Penyampaian Medal kepada Peserta MSSR 2016

Pada 5 Oktober yang lepas, beberapa orang murid SK Sungai Penipah telah mewakili sekolah untuk bertanding dalam kejohanan MSSR 2016 peringkat zon. Beberapa orang murid telah berjaya meraih 3 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa seterusnya melayakkan 3 orang peserta dari SK Sungai Penipah untuk mewakili Daerah Mukah ke peringkat Bahagian yang berlangsung di SMK Agama Igan. Salah seorang pelajar SK Sungai Penipah iaitu adik GIOVANNI PARRINI ANAK MICHAEL telah dipilih untuk mewakili Bahagian Mukah ke Kojahanan MSSR Peringkat Negeri yang akan diadakan di Bintulu nanti.

Penyampaian medal telah dilakukan oleh Tuan Guru Besar, Encik Anthony bin Samti pada perhimpunan baru-baru ini.


Adik Harris telah meraih pingat Gangsa dalam acara Lompat Tinggi 11 TKB


Adik Geovanni telah meraih pingat Perak dalam acara 60m Lelaki 10 TKB dan pingat Gangsa dalam acara 100m Lelaki 10 TKB


Adik Erencia meraih pingat emas dalam acara Melontar Peluru 11 TKB


Adik Nicholas meraih pingat Emas dalam acara 60m Lelaki 10 TKB dan juga 100m Lelaki 10 TKB



Barisan Penuh Warga SK Sungai Penipah (Penggal Pertama 2016)


Dari Atas: Ustaz Effandy, Cikgu Jamhari, Cikgu Jaydee, Usu Dan, Cikgu Dickie, Cikgu Indera, Wak Gim
Barisan Tengah: Puan Dority, Kak Noor, Cikgu Safinah, Kak Nurain, Cikgu Amira, Ustazah Has, Ustazah Su, Kak Masliah, Miss Lillian, Cikgu Normaliza, Kak Ju, Cikgu Fatimah, Kak Liza, Kak Lenz, Abuk Ti
Barisan Depan: Cikgu Ho, Cikgu Wee, Cikgu Dom, Cikgu Augus, Mr Nuaim, Cikgu Sidek (PK Hem), Cikgu Anthony (GB), Cikgu Kisui (PK 1), Cikgu Sweton (PK KK), Cikgu Samuri, Cikgu Rosdi, Cikgu Harun, Cikgu Peter. 


Ini adalah barisan penuh warga SK Sungai Penipah untuk penggal pertama 2016. Difahamkan julung kali semua staf berjaya dikumpul dan masuk dalam satu frame gambar.  Gambar di ambil semasa Hari Guru Peringkat Sekolah 2016. 

Pada penggal kedua 2016, Cikgu Dominic dan Cikgu Normaliza telah berpindah ke sekolah lain dan telah diganti dengan dua orang staf yang baharu iaitu Cikgu Sairani dan Cikgu Nordiyana. 

PERSEDIAAN HARI SUKAN TAHUNAN PIBG SK SUNGAI PENIPAH 2016

Pada mesyuarat hari sukan yang lalu, semua yang hadir telah bersetuju menamakan hari sukan SK Sungai Penipah sebagai Hari Sukan Tahunan PIBG. Hari Sukan Tahunan PIBG SK Sungai Penipah akan berlangsung pada 14 sehingga 15 Oktober 2016. Semua warga SK Sungai Penipah bertungkus lumus membuat persiapan rapi untuk menjayakan Hari Sukan Tahunan PIBG 2016.





Guru-guru dengan bantuan dari murid tahun enam membuat sukatan untuk membina garisan balapan. Pembinaan balapan di ketuai oleh Cikgu Ho dan guru-guru lelaki SK Sungai Penipah. 



Guru-guru bersungguh-sungguh membuat persiapan akhir untuk banner Sukan Tahunan PIBG SK Sungai Penipah.



Pemasangan banner Sukan Tahunan PIBG di jalan masuk SK Sungai Penipah.


Alhamdulillah, hari yang cerah telah melancarkan proses menyiapkan balapan padang SK Sungai Penipah. Turut sama menyiapkan balapan padang, Cikgu Anthony Bin Samti, Guru Besar SK Sungai Penipah yang sentiasa memberi dorongan dan pertolongan kepada anak-anak buahnya.