Mesyuarat Staf 1/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat staf yang pertama untuk tahun 2014 akan diadakan pada 31 Disember 2014 (Selasa) pada jam 10.00 pagi sejurus selepas pendaftaran murid. Harap maklum.

My Beautiful Malaysia Peringkat Mukah


My Beautiful Malaysia adalah platform untuk memupuk semangat kesukarelaan dikalangan belia dibawah 1Malaysia For Youth (1M4U) dimana belia merupakan sebahagian dari agenda penting dan juga pembinaan negara berpotensi dengan saluran tenaga dari golongan ini dalam aktiviti yang didedahkan.

Program ini telah dirasmikan serentak di seluruh Malaysia pada 3 Februari 2013 yang lalu, di mana SK Sungai Penipah telah menyertai program My Beautiful Malaysia yang dilangsungkan di Dataran Pehin Setia Raja dan di seluruh bandar Mukah bersama-sama pelbagai organisasi dan sekolah-sekolah. Peserta dari SK Sungai Penipah bukan sahaja melibatkan murid-murid dan staf, malahan ibu bapa turut terlibat secara sukarela.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti senam robik pada sebelah pagi, kemudian disambung dengan gotong-royong mengikut kumpulan di zon-zon terpilih, tarian poco-poco dan cabutan bertuah.



Selamat Tahun Baru Cina 2013

SK Sungai Penipah mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua warga sekolah yang berbangsa Cina. Semoga tahun 2013 dilimpahi kemewahan dan kesejahteraan kepada anda.


Maulidur Rasul 2013

Pada 23 Januari 2013 yang lalu, pertandingan sepanduk sempena sambutan Maulidur Rasul tahun 1434H/2013M bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" telah diadakan. Setiap organisasi dan sekolah diberikan waktu kurang 2 minggu untuk menyiapkan sepanduk dan dihantar pada 23 Januari untuk diadili.

Pada hari berikutnya, perarakan Maulidur Rasul peringkat Bahagian Mukah telah dianjurkan. Kontinjen SK Sungai Penipah turut mengambil bahagian dalam perarakan di mana hampir semua staf sekolah dan warga penduduk kampung Penipah telah terlibat dalam perarakan tersebut.

Hasil kerja keras semua warga sekolah, sepanduk sekolah yang menyertai kategori A telah merangkul tempat ke-3, di mana juaranya ialah SK Datuk Awang Udin dan naib juara ialah SMK Mukah. Semoga kejayaan ini berterusan dan ingatan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan amalan terhadap sunnahnya berkekalan.


Broadband Kampung Penipah


Berbulan lamanya blog ini tidak diupdate lantaran masalah internet sekolah, ditambah pula dengan ketiadaan talian broadband. tetapi kini seluruh warga sekolah khasnya dan penduduk kampung Penipah umumnya dapat menikmati internet dengan talian broadband 3G yang pantas. Semoga kemudahan terbahari ini dapat digunakan untuk perkara-perkara berfaedah dan kerja-kerja atas talian dapat dibuat dengan segera.