Penyampaian Medal kepada Peserta MSSR 2016

Pada 5 Oktober yang lepas, beberapa orang murid SK Sungai Penipah telah mewakili sekolah untuk bertanding dalam kejohanan MSSR 2016 peringkat zon. Beberapa orang murid telah berjaya meraih 3 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa seterusnya melayakkan 3 orang peserta dari SK Sungai Penipah untuk mewakili Daerah Mukah ke peringkat Bahagian yang berlangsung di SMK Agama Igan. Salah seorang pelajar SK Sungai Penipah iaitu adik GIOVANNI PARRINI ANAK MICHAEL telah dipilih untuk mewakili Bahagian Mukah ke Kojahanan MSSR Peringkat Negeri yang akan diadakan di Bintulu nanti.

Penyampaian medal telah dilakukan oleh Tuan Guru Besar, Encik Anthony bin Samti pada perhimpunan baru-baru ini.


Adik Harris telah meraih pingat Gangsa dalam acara Lompat Tinggi 11 TKB


Adik Geovanni telah meraih pingat Perak dalam acara 60m Lelaki 10 TKB dan pingat Gangsa dalam acara 100m Lelaki 10 TKB


Adik Erencia meraih pingat emas dalam acara Melontar Peluru 11 TKB


Adik Nicholas meraih pingat Emas dalam acara 60m Lelaki 10 TKB dan juga 100m Lelaki 10 TKB



Tiada ulasan:

Catat Ulasan