Maulidur Rasul 2013

Pada 23 Januari 2013 yang lalu, pertandingan sepanduk sempena sambutan Maulidur Rasul tahun 1434H/2013M bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" telah diadakan. Setiap organisasi dan sekolah diberikan waktu kurang 2 minggu untuk menyiapkan sepanduk dan dihantar pada 23 Januari untuk diadili.

Pada hari berikutnya, perarakan Maulidur Rasul peringkat Bahagian Mukah telah dianjurkan. Kontinjen SK Sungai Penipah turut mengambil bahagian dalam perarakan di mana hampir semua staf sekolah dan warga penduduk kampung Penipah telah terlibat dalam perarakan tersebut.

Hasil kerja keras semua warga sekolah, sepanduk sekolah yang menyertai kategori A telah merangkul tempat ke-3, di mana juaranya ialah SK Datuk Awang Udin dan naib juara ialah SMK Mukah. Semoga kejayaan ini berterusan dan ingatan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan amalan terhadap sunnahnya berkekalan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan