Lencana

Lencana Sekolah dan Maksud



1.         NAMA SEKOLAH - Sekolah Kebangsaan Sungai Penipah, Mukah

Sekolah rendah yang terletak di kampung Sungai Penipah di daerah Mukah, Sarawak.

2.         MOTO SEKOLAH - Berilmu, Berakhlak, Berwawasan

Berilmu : ilmu adalah bekalan paling penting dalam diri setiap murid. Tanpa ilmu, hidup manusia tidak berguna bagai “si buta yang tidak bertongkat”.

Berakhlak : setiap murid perlu beramal dengan akhlak terpuji, iaitu sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik kerana akhlak itu adalah cermin peribadi diri.

Berwawasan : setiap murid perlu menanam suatu sasaran yang jelas dan tekad untuk mencapai matlamat dirinya.

3.         WARNA KUNING

Kuning melambangkan sikap bertanggungjawab pada keperluan diri dan orang lain, berfikiran terbuka dan mempunyai daya pemikiran yang baik.

4.         WARNA BIRU

Biru melambangkan sikap peka terhadap orang lain, sentiasa cintakan keharmonian dan kedamaian.

5.         WARNA MERAH

Merah melambangkan sikap berusaha mengejar kejayaan, suka mencari kemajuan dan pembaharuan serta optimis.

6.         WARNA HIJAU

Hijau melambangkan sikap mementingkan kesejahteraan, sentiasa dahagakan sokongan dan dorongan untuk kemajuan kendiri.

7.         BUKU, PENSEL DAN PEMBARIS

Ia melambangkan pembelajaran bermula dari awal kehidupan seseorang. Amalan-amalan dalam pembelajaran dapat menyediakan diri seseorang murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sebelum berganjak kepada sesuatu yang lebih kompleks dan mencabar.

8.         TOPI KONVOKESYEN DAN SKROL

Ia melambangkan setiap murid perlu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan mencapai tahap pendidikan setinggi mungkin dan terus dahagakan ilmu melalui ungkapan “pembelajaran sepanjang hayat”.

9.         OBOR

Ia melambangkan semangat yang perlu ada dalam diri setiap murid untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam menggapai kejayaan dalam pelbagai bidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan