Pesta Kaul Mukah 2012


Pesta Kaul Mukah, tradisi yang menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dengan seribu keunikan akan berlangsung pada 21 - 29 April 2012 di Taman Kala Dana dan sekitar bandar Mukah.



Pesta Kaul berbentuk keramaian masyarakat Melanau yang diraikan setiap tahun ini dahulunya adalah perayaan keagamaan masyarakat Melanau pagan untuk memohon restu daripada penunggu laut, darat, ladang dan hutan agar penunggu tidak mengganggu mereka ketika mencari rezeki. Dahulunya, pesta kaul lebih berbentuk ritual-ritual, mantera dan sembahan.



Kini, Pesta Kaul Mukah telah menjadi medan perkelahan terbesar masyarakat Melanau dan Sarawak secara keseluruhannya, serta manifestasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan, tarian dan adat resam. Lebih-lebih lagi pesta ini telah diabadikan dalam kalendar pelancongan tahunan Negeri Sarawak.

Maka, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung dan merasai sendiri kehangatan Pesta Kaul Mukah dan menyelami satu lagi kebudayaan kaum di Malaysia. Malaysia Truly Asia.

Jamuan Makan Malam

Pada 10 April 2012 (Selasa) bertempat di Kingwood Hotel Mukah, satu majlis jamuan makan malam telah diadakan sempena meraikan guru-guru yang bertukar tempat bertugas ke tempat lain dan guru-guru yang telah melapor diri ke SK Sungai Penipah. Setelah sekian lama mengatur tarikh yang sesuai, akhirnya majlis ini dapat juga berlangsung dengan jayanya. Majlis ini dihadiri oleh semua staf akademik dan sokongan SK Sungai Penipah.





Guru-guru yang telah berpindah ke sekolah lain ialah:
1. En. Zaini Jaraie (ke SK SLDB No. 1, Mukah)
2. Pn. Ho Siaw Fong (ke SK Dua Sungai, Mukah)

Guru-guru yang telah melapor diri ke sekolah ini ialah:
1. En. Masari Suhaimi (guru Sains)
2. En. Rahim Topani (Guru Besar baharu)
3. En. Wee Beng Heng (guru pemulihan)
4. Pn. Normaliza Yusoff (guru Bahasa Inggeris)
5. Pn. Hajjah Hasna Haji Hanapi (PK HEM baharu)
6. En. Harun Bakir (guru prasekolah)
7. En. Peter Lee Pui Weng (guru Bahasa Inggeris)
8. En. Robin Doh (guru Matematik)

Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis, bacaan doa, makan malam, ucapan wakil guru yang berpindah keluar dan ucapan Guru Besar SK Sungai Penipah serta penyampaian cenderahati, sementara aktiviti nyanyian dari guru-guru diadakan sepanjang majlis berlangsung.

Semoga guru-guru yang berpindah dapat menjalankan tugas dengan cemerlang di sekolah masing-masing. begitu juga kepada guru-guru yang berpindah masuk, semoga dapat membangunkan SK Sungai Penipah dalam pelbagai aspek demi mencapai kecemerlangan yang sekian lama diidamkan.





Pembinaan Blog Sekolah

Pada 10 April 2012, blog Sekolah Kebangsaan Sungai Penipah telah dibina dengan jayanya sebagai usaha untuk sama-sama menyebarkan maklumat secara digital kepada para pelayar. Diharap blog ini dapat memberi pelbagai maklumat yang berguna kepada semua.